Saturday, July 2, 2011

impresi pertama.

"Coba tenang seketika. Coba pejam mata. Biar resah hilang saja." - Mencari Konklusi, Hujan.

Assalamualaikum,

Wah, setelah 4 hari berada di ktt rasa macam nak tercabut tulang belulang aku. Hari ini tamatnya minggu orientasi dan pastinya seperti kenormalan, minggu orientasi ada aktiviti wajib lagi membosankan seperti college/university tour dan kena cari signature lecturers. Tadi mak aku cerita memang sejak zaman tok nondan, untuk minggu orientasi kena ambil sign lecturers semua - semua. Aduh, siapa yang cipta aktiviti ini?

Cerita pasal a level pula. Tadi ada banyak benda nak cerita tapi lupa. A level yang aku akan belajar minggu depan adalah cambridge a level. A level ialah salah satu program pre university yang mana maksimum masa pengajiannya adalah selama 2 tahun. Tapi buat pertama kalinya untuk tahun aku di ktt, mara paksa kami semua belajar a level untuk 1 tahun setengah sahaja. Gila bai nak belajar dalam jangka masa yang agak pendek dengan syllabus yang compact. Tapi insyaAllah aku akan berusaha yang terbaik.

Dalam a level pula telah dibahagikan kepada dua sistem iaitu AS level dan A2 level. Analoginya umpama kau nak buat donut. Mesti perlukan dua ingredients iaitu dry ingredients dan wet ingredients. Tapi aku nak jadi doktor bukan donut -,-'. Subjek - subjek aku kena ambil ialah biology, physics, chemistry dan mathematics. Supposedly math is an optional subject but mara suggests us to take math. Malas aku nak terangkan sudah letih. Maaf.

A level menggunakan sistem point di mana aku haruslah mendapat sekurang - kurangnya 13/15 dalam mana - mana 3 subjek untuk fly. Berbeza untuk jpa yang mana mereka kena dapat minimum 12/15. Sistem point ini dikira berdasarkan grade iaitu A = 5 point, B = 4 point dan C = 3 point. Get it? 


Ok. Aku dah malas nak tulis panjang - panjang. Sekian.

3 comments:

  1. susah nye!!! -.-" aku da terkubur da.. :( cgpa aku sux

    ReplyDelete
  2. tak lah jihan. nasib baik tak ib. kalau tak.... lek lah sya. aku pun tak tau lagi cmne nak survive ni. hehe :)

    ReplyDelete

Cakap yang bagus atau diam saja, kan ?