Assalamualaikum,
Evolusi ialah suatu proses perkembangan atau perubahan secara beransur - ansur dan perlahan - lahan. Setiap benda bernyawa di dunia ini berevolusi untuk meneruskan kehidupan.
Pada pendapat aku, manusia adalah satu contoh bentuk hidupan yang sukar menerima perubahan. Sukar disini bukan bermaksud tidak mahu langsung menerima perubahan cuma manusia perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.
Setelah kakak sulung aku berkahwin, secara rasminya adik - adik dia termasuk aku mempunyai seorang abang ipar. Aku tumpang gembira kakak aku kahwin dengan bahagianya tapi aku rasa taken. Kami sekeluarga memang rapat. Kegemaran. kehendak, keputusan dan katil, semuanya kami 4 beradik perempuan kongsi bersama. Oleh itu, apabila kakak aku berkahwin dengan pilihan hatinya aku rasa keluarga kami sedang mengalami suatu perubahan besar. Keluarga kecil terdiri daripada 8 orang ditambah dengan seorang abang ipar menjadi 9 orang kesemuanya.
Mak cakap, 'Bagus dapat menantu lelaki ramai. Nanti boleh buat kerja banyak.' T_T Aku cuma perlukan masa untuk menerima perubahan yang berlaku. Pelik tiba - tiba ada lelaki lain jalan - jalan dalam rumah macam rumah sendiri. Rupa - rupanya itu abang ipar aku. Maaf kalau aku kedengaran agak sarkastik tapi inilah perasaan sebenar yang aku alami. Aku rasa janggal untuk memanggil abang ipar aku sebagai 'abang' kerana walaupun aku punya dua orang abang tapi aku tidak panggil mereka 'abang'. Aku kena berpakaian lebih sopan di rumah berbanding dahulu. Aku tak tahu apa yang nak diborak dengannya. Kenormalan aku harus diubah sedikit demi sedikit seiring dengan perubahan yang berlaku.
Selain itu, aku harus biasakan diri dengan kehidupan kolej yang lebih bebas berbanding di sekolah dahulu. Turun dari rumah (bilik aku di dalam sebuah rumah seperti apartment), nampak amoi cina pakai super short pants. Hidup kat sana kena indipendent. Kena pandai - pandai cari makan sendiri. Pandai - pandai bawa diri dan urus masa. Aku cuma perlukan masa untuk biarkan diri aku merasai perubahan itu.
Konklusinya, jangan risau kerana semua orang juga mengalami perasaan yang sama. Biarkan ia berubah mengikut masa kerana masa yang menentukan keadaan. Perubahan akan sentiasa berlaku dan tak akan pernah berhenti cuma ia berlaku secara constant atau mendadak. Itu sahaja.

No comments:
Post a Comment
Cakap yang bagus atau diam saja, kan ?