Assalamualaikum,
Kalau kau peminat lagu rock lama - lama yang jiwang dia tahap karat leleh punya mesti pernah dengar lagu XPDC ini? Aku suka dengar lagu - lagu lama macam ini pasal mereka membawa mesej - mesej yang berguna walaupun ada yang berbaur pedas. Bagi aku musik lama lebih menonjolkan kekuatan suara penyanyi itu sendiri berbanding musik zaman kini. Tapi kali ini aku tak mahu berbicara tentang itu.
Peribahasa 'ukur baju di badan sendiri' mempunyai makna secara terus namun masih memerlukan perkaitan antara nilai moral dan logik akal. Maksudnya lebih kurang begini, berbelanja mengikut kemampuan dan harus ada sedar diri. Dalam peperiksaan jangan bagi maksud yang aku beri ini, memang kau kena sebarang dua dengan cikgu.
Kalau rumah kau tiada pendingin hawa dan kau nak tidur di rumah saudara kau yang ada pendingin hawa jenama toshiba, jangan kau mengada - ngada minta saudara kau on kan pendingin hawa tersebut. Mungkin saudara kau akan tunjuk muka semanis sunkist tapi dalam hati siapa tahu?
Andai di rumah kau tidak ada astro dan piring terbangnya, bila bertandang ke rumah orang jangan kau tonton maharaja lawak sambil berbaring gelak terbahak - bahak macam anak jin. Tak manis. Itu biadab namanya. Dapat juga main jeling - jeling sakit hati dengan tuan punya rumah.
Sedar diri itu bagus kerana kalau kita tak sedar diri kita akan terlupa diri kita, asal - usul dan sebagainya yang berkaitan. Kita sendiri yang kena menyedarkan diri kita agar tidak menjadi orang yang bongkak serta riak. Nabi S.A.W tak suka. Bila bertandang ke rumah orang, seeloknya tunggu tuan rumah pelawa dulu nak buka televisyen. Lepas tu jaga adab pula. Tengok tv itu duduk sopan walau cerita teletubies sekalipun. Asal tidak timbul rasa sakit dalam hati tuan rumah. Biar kau datang rumah kena tidur atas lantai beralas lemek pun tak apa kerana kita cuma tetamu. Asal selesa sudah.
Secara konklusinya, ukur lah baju di badan sendiri. Nasihat aku, di rumah orang jangan buka peti ais dan rembat coklat orang kalau kat rumah sendiri pun kau jarang makan coklat. Itu melampau.
Astaghfirullahalazim.,!! Rembat ceklat haa.,!! HAHAHA.,!!!
ReplyDeleteBHAHAHAHA. camtiks
ReplyDeleteouh.. tu ke mksd peribahasa tu?? bahaahahaa.. igtkn jgn menyibuk hal org lain.
ReplyDeleteinspector tengah shooting dekat malaysia ke? hik3.
ReplyDelete