Thursday, June 23, 2011

hala tuju lepas spm.

"Terbang burung terbang. Patah sayap diduga. Seandainya rebah kau masih ada."- Pokok, Hazama feat Meet Uncle Hussein (head banging sambil bungkus bahulu).

Assalamualaikum,

Post ini khas untuk adik aku, Farah Najwa dan kawan - kawan, yang bakal menduduki spm tahun ini. Dan pastinya akan mengakhiri spm pada tahun yang sama. Aku tak nak bercerita pasal spm sebab tajuk pun hala tuju lepas spm. Ah, tak relevan langsung.

Bila spm tamat lebih kurang pada bulan Disember, kau tak tahu apa yang nak dibuat untuk mengisi jangka masa panjang sebelum keluarnya keputusan spm. Saranan aku, agar kau orang mencari kerja. Oh, kalau yang dapat plkn itu, pergilah. Dapat elaun lagi. Dengarnya dari kawan - kawan aku, plkn tidaklah seperti yang kita jangkakan. Dia orang siap riang gembira lagi di plkn. Kalau tak dapat, carilah kerja yang dapat mencari duit poket. Tapi kalau kau jenis yang tak tough, jangan kerja di kedai makan. Penat sangat ditambah lagi gaji yang tidak berbaloi dengan kepenatan yang kau alami. Memang hampas.

Sekitar bila keputusan spm hampir keluar, jangan lupa rajin - rajinkan diri melihat surat khabar. Banyak ipts yang memaparkan iklan mereka di situ. Mana tahu parents ada duit lebih, bolehlah masuk ipts terus. Lagi pula, sesetengah ipts telah melahirkan banyak top student. Jadi ada jaminan disitu untuk kau belajar dengan bersaing secara sihat.

Selepas keputusan spm keluar, kena rajin lagi untuk tengok surat khabar. Lihat iklan seperti biasiwa jpa, pinjaman mara dan sebagainya. Biasanya mara dan jpa membuka tawaran selama seminggu dari tarikh keputusan spm dikeluarkan. Kalau terpilih untuk temuduga, tahniah lah. Dan kalau temuduga mara memang buat tambah sakit hati.

Tak silap aku, dalam bulan Januari hingga April, ada borang untuk matrikulasi dan upu yang perlu diisi online. Hal yang ini jangan dibuat main. Masa di sekolah, kalau cikgu minta duit nak beli no. matrik ke apa, bagi duit kat cikgu. Jangan degil. Ini penting sebab kalau, aku kata kalau result kau orang okay - okay saja, dan peluang untuk dapat biasiswa itu tipis, matrik dan upu saja lah harapan yang tinggal. Kadang - kadang rezeki Allah itu berpihak kepada kita dan kadang kala tidak. Jadi sediakan payung sebelum hujan.

Matrik ni macam sekolah asrama. Tapi tidak terlau ketat disiplinnnya. Upu ini ipta lah. Kau mungkin dapat diploma atau asasi berdasarkan apa yang kau pilih nanti.

Baik, yang penting sekali masa spm kena struggle betul - betul. Kalau otak kau otak cap kancil tak apa lah. Pandai semula jadi. Tapi jangan lupa berdoa, baca al - Quran sebab kalau kau pandai mana pun, tapi kalau Allah tak izinkan tak jadi juga. Dan minta maaf kepada ibu bapa kau kerana redha Allah terletak pada redha ibu bapanya. Dan sahabat kau juga takut - takut ada buat salah dan kawan kau simpan dalam hati. Dan langsaikan hutang kau takut rezeki tersekat. Dan.. ah, semua sekali kau wajib minta maaf. Lepas itu jangan pula kau kembali kepada perangai ala - ala syaitan kau balik. Tak guna lah kau buat taubat nasuha sekali pun.

Pokoknya, kena banyak bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman. Macam aku ke. Ceh. Di rumah pun jangan tinggal solat. Nanti dosa lepas tu kalau dosa jadi banyak nanti masuk neraka. Ini analogi saja nak menakutkan kau orang. Okay, sekian.




Bagi kau orang cuak.


2 comments:

Cakap yang bagus atau diam saja, kan ?