Haritu aku jumpa banyak pensil warna. Banyak sangat. Semua warna ada. Aku pun ambil sharpener lalu pensil - pensil tersebut diasah.
Ada pensil ni, bila aku asah asyik - asyik patah. Asah, patah. Asah lagi, patah lagi. Berpeluh, fuhh. Asah lagi sekali, tak boleh jadi ni buang saja lah ! Fed up.
Teringat aku pada senior aku dulu. Kalau lah dia pun macam aku ketika mengasah pensil, tentu aku sudah jadi tak serupa orang. Patah sikit hendak dibuangnya.
Dia tahu, aku jahil. Dia nampak, aku buat dosa. Dia faham, aku ini macam mana orangnya untuk di bentuk semula.
Dan kalau lah dia putus asa dalam mengajak aku ke arah kebaikan, aku pun tak tahu aku jadi apa.
Tapi dia tak. Ketika berbulatan gembira, aku acapkali menguap dan tak tumpu perhatian. Dia tak pernah jemu cuba untuk memfokuskan aku kembali. Agar semua dapat apa yang hendak disampaikan.
Ketika ada program ke luar kolej, aku kadangkala mencari alasan untuk tak mahu pergi. Masih dia tidak putus - putus menjemput, sudi mengetuk lagi hati yang keras kematu ni.
Sebab dia tahu, Allah tak pernah putus asa dengan kita. Jadi jangan pernah jemu untuk memohon ampun dari Nya !
Lencun dah.
bertakung.. jazakillahu khair for a great post, dear!
ReplyDeletenah tadah dengan baldi ni !
Delete