Sunday, November 11, 2012

Count down oh yeah !

Bismillahirrahmanirraheem,

Sebelas hari lagi. Come on come on. Sebelas hari lagi untuk menamatkan sisa-sisa Alevel. Sebelas hari lagi untuk menikmati hari-hari terakhir di sini. Sebelas hari lagi sebelum bermulanya perjuangan yang sebenar. Eh ?

Tadi baca tulisan Inche Gabana tentang sudah benar-benar ikhwah kah kita. Aduhai, rasa seperti dada di belah dengan set pisau SSF idaman saya ! Sudah lah dibelah, di sentapnya hati yang masih berselirat oleh pembuluh darah lalu dirobek isinya satu persatu. Ok melampau.

Kau orang pun cuba lah baca. Mana tahu ada yang rasa seperti dibelah dengan gergaji tangan dalam kelas Kemahiran Hidup dulu - dulu.

Sepanjang minggu peperiksaan, semua orang sibuk bertapa dan beruzlah. Betul ke term ni ? Salah satu cara untuk bertemu dan mengeteh hanyalah ketika waktu solat. Mengeteh, mmm, i mean virtually.

Maka seusai waktu solat asar dan mathurat setiap hari, para jemaah wanita sambil bertelekung bunga-bunga Vietnam cuba membentuk bulatan kecil ala - ala donat tapi kadangkala membentuk bujur telur atau buah pear.

Ada yang berborak sambil bergelak ketawa lantas cepat - cepat tutup mulut kerana khuatir jemaah lelaki disebelah terdengar hilaian ketawanya. Ada juga yang belajar, cukup tekun sehingga membuatkan orang yang memandangnya risau dek tak habis study lagi.

Ada juga sekumpulan kecil yang melakukan aktiviti kongsi - mengongsi. Err sharing sebenarnya.

Dan inilah yang membuatkan jiwa saya terisi. Bulatan atau bujuran ini yang menghidupkan saya. Hati saya. Pipi basah.






Allah menganugerahkan mereka untuk mengingatkan saya yang asyik terlupa kerana selalu makan semut. Mereka membicarakan soal rasa. Petang itu sambil disaksikan karpet hijau kuning dan tirai tebal, hati - hati hamba - hamba ini saling tertaut. Fawathiqillahhumma robitotaha :')

Dan tatkala mereka membicarakan soal mati, dunya sekadar dipandang sepi. Bulatan ini saling mengingatkan tentang mati, tentang hidup yang punya tujuan, dan dalam diam, hati menangis sendiri.

Andai diizinkanNya, saya ingin biar masa itu terhenti. Mana lagi hendak dapat sahabat yang saling mengingatkan, cuba bersama - sama berubah, ke arah kebaikan. Sahabat yang punya matlamat yang sama. Mengejar redhaNya.

Teruskan usaha kamu orang mengejar cintaNya. Hati kalian sudah terusik, kini tiba masanya untuk mencuit hati - hati di luar sana !







No comments:

Post a Comment

Cakap yang bagus atau diam saja, kan ?