'Gedebuk!' Aku terjatuh.
'Bangunlah semula apa yang susah ?'
Aku buka mata lantas mengusap-ngusap siku yang calar. Ada cecair merah bercampur beberapa butir pasir di situ. Aku cuba untuk bangkit namun seakan ada sesuatu yang menggariku.
'Aaahhhh !!!'
Jeritanku mati dalam anak tekakku sahaja. Seolah tak punya daya melontarkan apa-apa. Aku lihat keliling, gelap. Hitam dan suram.
Tangan dari luar yang menghulur sejak tadi, aku cuba capai. Aku cuba bangkit tapi mereka menahanku. Mereka ketawa mengejek aku. Hodoh sungguh.
Aku menutup telinga kuat-kuat berharap agar suara mereka hilang.
'Pergi ! Pergi !'
Mereka masih ketawa, mengilai memandang aku yang hilang kudrat ini dengan mata merah yang hampir tersembul itu. Ada nanah di sekeliling mata mereka. Jijik.
Aku gagahkan diri untuk bangkit. Lalu dengan menyebut nama Tuhan, mereka hilang. Tiada lagi ketawa yang menakutkan itu.
Aku capai tangan yang dari tadi menunggu. Berjaya.
No comments:
Post a Comment
Cakap yang bagus atau diam saja, kan ?