New message from Ariff;
'Aten, siap tau. Nanti pukul 3 dia datang.'
Aku kelam - kabut. Lalu sepantas kelajuan cahaya, aku mengemaskan katil, menyarung tshirt yang entah gosok entah tak, dicapainya pashminah markonah. Siap !
Dia datang. Jeng jeng jeng. Kepala ikut sama berlagu.
'Aten, dia dah ada kat surau. Awak pergi dulu kita ada hal sikit :p'. Peluh besar.
Aku kuak pintu surau. Leher dipanjangkan mencari signal. Itu nampak macam dia.
'Ehem. Assalamualaikum. Kak farah izzati kan ?'
'Eh ?' Muka kakak tu bertukar pelik. 'Nama akak kak fatin izzati lah. Ekeke.'
'Oh silap ke ? Hehe. Soli kak soli.' (baca : sorry)
Borak dan borak dan borak lagi. Ta'aruf lah katakan. Orang kata kalau tak kenal maka tak cinta. Eh, maka ta'aruf lah.
Entah macam mana perbualan itu terarah ke jalan ini. Jalan tarbiyyah.
'Tarbiyyah ni buatkan orang yang banyak cakap, kurang bercakap. Yang kurang bercakap, banyak cakap. Yang kuat study, kurang study. Yang kuat study, kurang study.'
Aku mengangguk laju tanda setuju.
Perborakan kami akhirnya diakhiri apabila sesi tadarus hampir bermula. Memang pada tiap kali Puan Ramadhan tiba, sibuk sakan lah pihak yang diamanahkan Allah SWT untuk menyusun jadual tadarus. Tapi tahun ini ada kelainan sikit katanya. Bukan setakat tadarus semata - mata pung pang pung pang tapi bersama - sama tadabbur al-Quran sekali. Ini sumpah sangat osem.
Di beranda rumah aku, bersaksikan bukit - bukau dan pohon nan merendang serta err tong sampah besar di hadapan rumah, kami melakukan sedikit senaman mulut. Heh, berborak sebenarnya. Habis segala isu semasa kami bincangkan. Hebat lagi kencang bagaikan Muhyiddin Yasin dan Khaled Nordin lagaknya.
Petang itu, kami berdua dating di tepi padang yang segar lagi berlalang itu.
'Kak, akak rasa tak walaupun kita baru first time jumpa, kita dah macam lama kenal. Akak rasa tak ?'
'Ada orang pernah cakap, "Kita ni walau baru jumpa tapi macam dah kenal lama sebab sebelum kita lahir, roh kita telah dipertemukan".'
And that was just enough to make my eyes filled up with tears. Something in my heart was touched. Something that I know, would last eternally inshaAllah.
Memandangkan esoknya aku dan rakan - rakan terpaksa berhadapan dengan Pakcik Matematik, maka selepas tarawih aku study math.
'Kak, kenapa kita kena belajar math ?'
Tersenyum, agaknya cuba bersabar dengan aku yang sedari tadi tak henti bertanya.
'Semua tu kan ilmu Allah, kenapa kita nak pilih - pilih ?'
Bagai terkena abugit dari Goku, aku kembali menatap soalan math yang susahnya darab lapan belas kali.
Dalam gerabak ini, sangat menarik pabila bercakap tentang ukhuwah. Bila jumpa sahaja mereka meraka yang turut serta atas jalan ini, entah mengapa walau kali pertama bertemu, dapat saya rasakan getaran rindu, keinginan untuk menatap mata dan berbual mesra. Cinta berputik kerana Allah sebelum kenal dan ta’aruf menjadi al muntalaq kepada ukhuwah yang tiada pengakhirannya
Inspector Saahab,
kebangkitankedua.blogspot.com
Jazakillahu khairan kathira kak ! Semoga kita berjumpa lagi kalau tak di sini inshaAllah di jannah :D
No comments:
Post a Comment
Cakap yang bagus atau diam saja, kan ?