Monday, August 6, 2012

hilang.

"Kalau kita nak mintak kat Allah, minta lah syurga firdausi."

Aduhh.

Air mata ini tertumpah lagi. Hingus tak usah cerita. Makcik sebelah sudah pandang - pandang melihatkan aku kesat hingus pada hujung lengan baju. Erk.

Tuhanku, aku tidak layak ke syurga-Mu. Namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu.

Ramadhan kali ini sudah kuazamkan yang terbaik yang termampu aku lakukan.

10 hari pertama ramadhan, fasa rahmat. Konsisten, alhamdulillah.

Masuk hari ke-11 iaitu fasa keampunan hingga saat ini, aku merasakan yang tayar gerabak aku kian pancit. Kadang kala aku berhenti sebentar untuk apa aku tidak tahu. Aku hilang.

Kadang kala niat aku tersasar, tidak jauh tapi aku kurang dapat merasakan berkat ramadhan itu sendiri. Aku kurang merasakan nikmat ramadhan sepertimana yang aku rasakan pada awal bulan yang lalu.

Di rumah, tidur aku panjang dan lena. Hingga terlepas qiam kerana terkocoh - kocoh mengejar waktu untuk bersahur.

Aku terlupa. Fasa keampunan ini patutnya aku gunakan untuk meminta ampun pada Allah. Setiap masa.

Aku terlupa, satu malam dahulu aku menangis. Teruk, hanya disebabkan suatu persoalan oleh seorang brader di surau ketika sesi tazkirah,

'Andaikata ini Ramadhan yang terakhir buat kita, apa yang telah kita lakukan ?'
Aku terlupa, yang aku ini bukan lagi aku yang dulu yang sibuk mengejar dunia, yang sibuk mengisi buku amalan jahiliyah, yang sibuk pura - pura sibuk.

Apakah amal -amal aku diterima Tuhan atau seperti debu - debu yang berterbangan ?

'Dan Kami akan perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami akan jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan - 25:23'

Ya Allah, perlahankanlah pergerakan Ramadhan agar dapat aku kutip setiap inci pahala di dalamnya :')



2 comments:

Cakap yang bagus atau diam saja, kan ?