Saturday, March 31, 2012

i marched to Jerusalem. Did YOU ?

Assalamulaikum,

Tahukah korang bahawasanya 30 March adalah hari sambutan sedunia untuk membebaskan tanah Palestin ? Sambutan ini disambut oleh seluruh dunia dan ada sesetengah negara menghantar delegasi ke sempadan Palestin. Tapi ni perarakan secara aman tau. Dan nampaknya israel takut dengan misi keamanan ini dan mereka telah menyatakan yang mereka akan mengebom rakyat Palestin. Semalam ada juga siaran skype live dari wakil Malaysia yang telah berada di sempadan Palestin, dia cakap, 10 orang telah syahid di West Bank akibat dibom oleh israel. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan para syuhada di syurgaNya.




Sebenarnya aku demam dari hari khamis lagi. Suhu badan 38.5 kata doktor. Tapi berkat semangat untuk umi, abah, abang, kakak dan adik aku di Palestin, aku gagahkan juga diri ini. Muka aku memang nampak sakit tapi semangat aku mengatasi rasa sakit tu. Alhamdulillah. Malam khamis, ada program di Masjid Uniten, ceramah dari Profesor Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor iaitu pengerusi Aqsa Syarif. Tajuk ceramah tu, 'Ibroh dari Gaza'. Beliau cakap, 'Menjadi kewajipan kita walaupun tak dapat bersama - sama sebaris dengan para penjihad di Palestin, untuk ke Global March to Jerusalem'. Yalah, kita tak mampu untuk ke Palestin, mungkin sebab semangat jihad kita belum cukup kuat, mungkin sebab kita masih cintakan dunia dan bencikan kematian, mungkin sebab ahhh... terlalu banyak alasan yang diberi. Tapi sekurang - kurangnya dengan menyertai GMJ ni saudara - saudara kita tahu, mereka tak pernah bersendirian. Allah tak pandang hasil tapi Dia tengok usaha.

So event start selepas solat maghrib berjemaah di lantai stadium tertutup tu. Ada nasyid, sajak, pidato, choral speaking, dan macam - macam lagi. Apa yang membuatkan aku terkesan ialah ada seorang student political science dari Taylor's University, dia ni Buddhist. Dia bagi short speech pasal 'Palestine issue is not a religion issue, it's a human right issue.' Memang mantap sekali speech dia, mudah - mudahan dia memperoleh jalan kebenaran. Dan bila pengacara tanya dia, 'Are you a chinese ?' "No, i'm  a Malaysian !". MasyaAllah semangat dia benar - benar menggegarkan satu stadium tu.




Satu lagi acara yang menarik ialah flashmob. Flashmob ni bukan tarian yang orang dok datang dari sana menari dari sini menari tu. Flashmob ni sebuah sketsa yang dipersembahkan dan ada mesej yang jelas disebalik sketsa tu. Mula - mula ada sekumpulan kanak - kanak tengah main - main, ada jemaah tengah solat, ada wanita - wanita tengah buat apa entah. Tiba - tiba ada sekumpulan askar kononnya tentera israel datang dan bunuh satu - satu kumpulan ni. Dan tiba - tiba datang para penjihad berhadapan dengan tentera israel. Sambil mereka menentang zionist, satu stadium chant ' From the rivers to the sea, Palestine will be free'. Pada awalnya barisan hadapan penjihad syahid ditembak israel. Kemudian barisan kedua pula bangkit untuk menggantikan barisan pertama. Bila barisan tersebut telah syahid digantikan pula dengan barisan belakang dan seterusnya. Masa tu memang rasa betul semangat jihad yang tak pernah luntur. Dan akhirnya israel berjaya dikalahkan sebab semangat jihad kita.

Lastly before the event stopped, ada seorang lelaki wakil dari Palestin, mungkin student kot. Dia tanya 'Who are Palestinians ?' Semua orang dalam stadium angkat tangan. Dia sangat - sangat berterima kasih atas sokongan kita dan dia declare kita semua adalah orang - orang Palestin juga. Dia cakap, 'If one day Palestine is set free, all Malaysians can come to Palestine at anytime'. Subhanallah besarnya ganjaran yang Allah nak bagi padahal berapa banyaklah usaha kita untuk diorang kan ?

Semoga semangat jihad ini takkan pernah padam. InsyaAllah :)

3 comments:

  1. I DID MARCH TO
    from the river to the see
    palestine will be free !!

    inshaallah :)
    perkongsian menarik

    ReplyDelete
  2. i did :) alhamdulillah, moga semangat jihad tak terhenti setakat di dalam stadium tu insyaAllah

    adik-adik Palestin, kami bersamamu

    ReplyDelete

Cakap yang bagus atau diam saja, kan ?