Sunday, April 29, 2012

kucing itu yang mengajar.

Assalamualaikum,

Kucing sakit.

Cirit - birit. Muntah - muntah. Kasihan.

Semalam empat ke lima kali dia ciri - birit. Satu kali muntah.

Petang semalam aku usap - usap dia. Sedih tengok Mango menahan kesakitan (yes her name is Mango). Dia ada satu buaian yang sebenarnya adalah bakul hantaran masa abang aku tunang. Wakaka (sila gelak mengikut ejaan) bakul tersebut telah diperkotak - katikkan ibarat ayam katik supaya Mango boleh terasa seperti bayi manusia yang duduk dalam buaian.




Masa petang yang aku dok belai - belai dia tu, tak silap aku lepas asar rasanya, aku tengok dia dah lembik sangat. Yalah kau bayangkan anak kucing baru 2 bulan dah kena cirit - birit mestilah sakit kan. Kita yang manusia ni pun kena cirit - birit dah rasa sakit sampai nak ponteng sekolah. Fine, itu aku dulu buat taktik taknak pergi sekolah cakap kat mak aku cirit - birit. Dah diam =,= !

Aku tak tahan tengok dia sakit sampai dah tak larat nak jalan. Asyik terbaring dan tidur saja. Bangun, minum air dan tidur lagi. Begitulah kehidupan kucing itu setiap hari. Sekian tamat.

*Dush dush*

Abaikan sound effect. 

Jadi, aku pun membacakan al - Mathurat untuknya walaupun ada sekat - sekat sebab konfius mana satu dulu ayatnya. Entah kenapa aku nak baca padahal dia kucing kot ! Kan kalau manusia yang sakit kita baca selawat nak beri ketenangan atau kurangkan kesakitan. Selalunya.

"Amsaina waamsal mulkulillahi...."

"Amsaina ala fitratil islam wakalimatil ikhlas wa'ala diini nabiyyina muhammadin sallallahu 'alaihiwassalam..."

Sampailah ayat ni,

"Allahuma 'afini fi badani, Allahuma 'afini fi sam'i, Allahuma 'afini fi basari..."

Berdentam - dentum bunyi pacemaker aku yakni SAN.

Allahumma, sihatkanlah badanku. Allahumma, sihatkanlah pendengaranku. Allahumma, sihatkanlah penglihatanku.

Who is supposed to ask this from Allah ? Is it the cat or is it myself who always forget that Allah can give us the health nor He can take it from us anytime He wants ? I am embarassed by my own action. Cat is Allah's creation. And remember this ;

'Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi bertasbih kepada Allah: dan Dialah yang Maha Perkasa Maha Bijaksana. As- Saff 61 : 1'

Kucing sentiasa bertasbih kepada Allah. Aku tak perlu baca al - Mathurat pun dekat dia sebab dia memang dah sentiasa bertasbih kat Allah. Masalahnya aku ni yang selalu lupa nak bertasbih memuji kebesaranNya !

Malunya aku. Malu pada Allah. Malu pada kucing itu. Dan malu pada diri sendiri yang tak pernah segan nak buat jahiliyyah yang lain tapi jarang teringat nak bertasbih kepada Allah.

Marilah sama - sama kita renungkan diri kembali. Sudah berapa lama kita sebagai hamba sangat sombong kepada Tuhan yang menciptakan ?



2 comments:

  1. fuhhh~ menyerappp
    thanks sis for the reminder.
    moga kita sama2 saling mengingatkan apa yg tlupa

    ReplyDelete
  2. d antara langit dan bumi semua nya bertasbih memuji Allah .. kecuali??????????????????

    urmmhhhh. . kecuali manusia ..

    ReplyDelete

Cakap yang bagus atau diam saja, kan ?