Sunday, March 25, 2012

i love you sisters

Assalamualaikum,

Kalau kau orang ke luar negara nampak wanita berhijab atau menutup aurat kepalanya, mesti kau tahu dia pastinya beragama Islam kan ? Aku fikir begitu.

Nak dijadikan cerita, seorang sahabat, Fara Mee yang berketurunan cina melayu. Dia dikurniakan dengan wajah macam orang cina. Dahulunya, dia tak pakai tudung. Muka memang macam cina. Dan kalau dia tidak serumah dengan orang melayu, semua orang menganggap dia adalah orang cina.

Satu hari, dia bersuara kepada rakan serumahnya. 'Kita rasa kita nk start pakai tudung lah. Apa pendapat korang ?' Alangkah gembiranya rakan serumahnya apabila mendengar kata - kata Fara. Melompat - lompat keriangan. Ini hiperbola. Akhirnya doa mereka untuk melihat Fara menutup aurat kepalanya dimakbulkan. Maka bermulalah sesi mengajar memakai selendang oleh kerana almari Fara hanya penuh dengan stok selendang dan pashmina.

Setelah beberapa minggu Fara mengenakan tudung, rakan serumahnya menginterview beliau selesai solat maghrib berjemaah.

Housemate F : Fara, apa perasaan dah pakai tudung ?

Fara Mee : Hehe ( malu - malu ). Kita rasa lebih tenang. Dalam setiap perbuatan kita, kita tak cepat marah.

Housemate B : Family pulak macam mana ?

Fara Mee : Kakak kita pun dah nak mula pakai tudung. Mak kita happy bila tengok kita pakai tudung dan dia pun dah pakai tudung permanent. Tak on off dah.

Housemate F ; Ohh. Macam mana pula dengan pandangan orang terhadap Fara ? ( Muka serius habis )

Fara Mee : Ramai kawan - kawn yang sokong. Macam korang pun tolong bagi support. Terima kasih tau. (Kembang kempis hidung housemate ) Dari segi pandangan tu, Fara rasa lagi selamat. Kalau dulu kawan non muslim selalu nak rapat - rapat dengan Fara, tapi sekarang diorang jaga jarak bila ada soalan nak tanya Fara.

Alhamdulillah, Fara antara orang - orang yang dipilih oleh Allah utnuk menerima hidayah. Kalau dulu ramai orang ingat dia cina sebab dia tak pakai tudung. Tapi bila kita pakai tudung, orang tahu and aware yang kita ni orang islam. Dan lagi manis kan, kalau kita pakai tudung tu untuk rasa lebih selamat dari pandangan mata - mata liar. Bukan untuk menunjuk - nunjuk, "Eh cantiknya gaya pashmina macam Hana Banana, mesti lain dari yang lain kan. " "Aku nak search video kat youtube, macam mana pakai shawl yang cantik - cantik pastu esok gi kelas mesti si Shipudden tu tengok aku je. Auwww."  Nauzubillah.

Innamaal a'malu binniyat. Setiap amalan kita bergantung kepada niat. Islam bukannya ditonjolkan melalui pakaian tapi dengan berpakaian yang menutup aurat , insyaAllah orang non muslim tengok kita ni agama yang baik dan benar. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

"Alah, dah tua nanti la baru pakai tudung. Sekarang muda - muda pakai tudung susah aku nak enjoy. Nanti Kamarul tak berkenan pulak."

"Adik, tak payah la pakai tudung. Adik kecik lagi."

"I tak boleh pakai tudung. I allergic peluh."

"Dan ( ingatlah ) pada hari ( ketika ) orang - orang kafir dihadapkan ke neraka, "Kamu telah menghabiskan ( rezeki ) yang baik untuk kehidupan duniamu, dan kamu telah bersenang - senang, maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan, kerana kamu sombong di bumi tanpa mengendahkan kebenaran, dan kerana kamu berbuat durhaka ( tidak taat kepada Allah ) -46:20"

Nauzubillah min zalik. Tak takut ke dengan azab api neraka bila kita lupa akan tanggungjawab kita di dunia ?

So sisters. I hope you can take the points here. It's not necessary to wear hijab but to cover your aurah is the most important thing. You can wear anything you like as long as it's acceptable. Memakai tudung itu tak wajib tapi menutup aurat itu wajib.

2 comments:

  1. comelnye nama watak ni :)

    [33.59] "wahai Nabi! Katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin, 'Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka' Yang demikian itu agar mereka LEBIH MUDAH DIKENALI sehingga mereka TIDAK DIGANGGU. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

    great entry dear! (^^,)

    ReplyDelete
  2. hehe. syukran atas penambahan ilmu. semoga Allah membalas kebaikanmu :)

    ReplyDelete

Cakap yang bagus atau diam saja, kan ?