Saturday, March 24, 2012

kaki tu aurat ke ?

Assalamualaikum,

Macam dah lama tak post. Memang lama pun. Pffft =,= ! Maafkan aku sebab biarkan blog ni berhabuk dilitupi sawang si labah - labah. Aku agak kesibukan. Exam bakal menjelang sepurnama lagi bagaikan purnama merindu chewahhh !

Okay so back to the point, recently Alhamdulillah, I've found the brightest light in my life. The light that enhance my faith towards Allah S.W.T. Kalau aku boleh lukis graf iman, insyaAllah bentuk graph tu increase linearly. Tapi iman tu boleh turun naik kan. InsyaAllah kita usaha untuk sentiasa menaikkan iman kita.

" Sesungguhnya orang - orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat - ayat-Nya kepada mereka, bertambah ( kuat )  imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal - 8:2 "

Ni nak kongsi satu cerita. Dulu, aku tak pakai sarung kaki kalau keluar kemana - mana. Aku tak pernah tutup aurat kaki aku. MasyaAllah bertimbun - timbunnya dosa aku orang bukan muhrim tengok kaki aku. Tak cantik pun nak ditayangkan tapi dulu aku tak pernah care pasal aurat yang satu ni. Kita ingat pakai tudung tu dah menutup aurat.

Dari tadika dah diajar, aurat itu semua bahagian tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Semua orang tahu benda ni kan ? Ya, semua orang tahu tapi tak semua orang faham. Termasuklah aku yang jahil ni. Ilmu itu sekadar diterima oleh akal tanpa difahami dengan hati.

Bila masuk ktt, aku tengok ramai muslimah pakai sarung kaki. Aku ? Mestilah tak. Kadang - kadang rasa malu bila pergi jalan - jalan dengan usrahmates, kaki aku je yang terdedah. tapi bila jumpa kawan - kawan lelaki, tak ada pulak rasa nak tutup kaki tu daripada pandangan mereka. Ya Allah ampunkanlah dosaku.

Dalam tiga minggu lepas, badar ( badan dakwah dan rohani ) ktt ada anjurkan kem kepimpinan badar. Alhamdulillah, aku yang bukan exco badar telah dipilih oleh Allah untuk ke kem tersebut. Bersyukur sangat - sangat aku dapat pergi. Dalam satu ceramah, ustaz tu tanya, 'Aurat tu apa ?' Budak - budak jawab, 'Semua anggota badan kecuali muka dan tapak tanagn.' Ustaz tanya lagi, Habis kaki tu aurat ke tak ?' Aku tunduk. Malu. Aku tahu kaki itu aurat, kaki kena ditutupi dari pandangan orang bukan muhrim. Tapi aku tak pernah faham.

Sejak itu aku berazam untuk memakai sarung kaki. Dan aku berdoa agar aku beristiqamah dalam segala amalan aku.

" Dan ( alangkah ngerinya ), jika sekiranya kamu melihat orang - orang yang berdosa itu telah 
menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, ( mereka berkata ), 'Ya Tuhan kami, kami 
melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ( ke dunia ), niscaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh, kami adalah orang orang yang yakin - 32:12 "

2 comments:

  1. Alhamdulillah. Saya pun harap saya dapat contohi awak. Semoga kita sama2 istiqamah dlm ibadat.. :)

    ReplyDelete
  2. dimana ada kemahuan disitu ada jalan :)

    ReplyDelete

Cakap yang bagus atau diam saja, kan ?