Sunday, June 5, 2011

tak ada cara lain ke?

Assalamualaikum,

Baru tadi aku dapat panggilan telefon dari seseorang yang tidak aku kenali. Lelaki. Aku tidak tahu dia siapa dan dari mana dia dapat nombor aku. Rupanya dia tersalah nombor. Aku pun letak dan sambung main Fesbuk. Sejurus selepas itu, orang itu menghantar aku satu message.

'Maaf.salah.'

Aku berkira - kira mahu membalasnya atau tak. Maklumlah dia lelaki. Tambahan lagi yang aku tak kenal siapa. Setelah berfikiran sepositif mungkin, aku membalasnya sebab terkenangkan amalan budi bahasa. Orang memberi kita menerima dan kita memberi kembali.

'Ok. Takpe.'

Dengan kelajuan sepantas cahaya, dia terus membalas message aku tadi.

'Tadi.dari mana ni?'

Aik, aku dah rasa lain macam. Orang ni dah tersalah nombor buat lah cara tersalah nombor. Aku terus rasa ngeri dan tidak lagi membalas message nya. Ini taktik terbaru nak mengurat ke apa?

2 comments:

  1. aq rase ni stalker kot..tu la asal ramai sgt peminat??HEHE
    -FALAH

    ReplyDelete
  2. tak ada makna peminatnya. entah laki mana entah.

    ReplyDelete

Cakap yang bagus atau diam saja, kan ?