Dalam surau yang padat dan sesak, tiba - tiba seorang budak Tingkatan 1 di bahagian perempuan menangis teresak - esak. Puteri dan FA segera ke belakang untuk memeriksa keadaan budak itu. Dia sesak nafas rupanya. Asma. Tapi punca dia diserang asma bukan kerana kondisi dalam surau yang sesak itu, tetapi kerana rakannya, tiba - tiba meracau.
Aku memandang ke belakang sekali - sekala apabila terdengar erangan budak yang dirasuk itu. Boleh tahan seram juga. Tiba - tiba Puteri memanggil aku, meminta bantuan supaya memegang budak itu. Aku lantas bangun sambil melurutkan bulu romaku yang sudah berdiri tegak. Muka harus tampak berani.
Suasana di dalam surau semakin tegang apabila budak itu cuba melepaskan tangannya yang sedang dipegang kuat oleh aku. Budak itu makin ganas.
'Ah. Lepaslah. Sakitlah. Sakit!!!'
Peluh aku kalau dikira mau hampir sebaldi. Cuak tambah gerun menyelubungi. Takut kalau dia tidak dapat dikawal. Ustaz yang datang nampaknya membantu sedikit bila dibacakan ayat kursi ke telinganya. Kemudian beliau menghubungi Cikgu Ghani untuk tindakan selanjutnya. Setibanya Cikgu Ghani, beliau bercakap - cakap dengan budak itu.
'Alah budak ni homesick saja. Dia nak balik rumah sangat sebab tu buat perangai. Sudah. Ustaz, cikgu. Mari kita bawa dia ke hospital'
Bagero sungguh! Aku tiba - tiba jadi berani.
ingat lagi time nie. kte ngn aisyah nab keje gelak2 je kat budak tu.. tp time tu ktorg kt luar surau la.. hehehe.. jahat kan?? dah lama2 tu,, bru tlg bcekan yaasin.. huhu...
ReplyDeleteHaha,, teringat blek kisah nie.. Tp, jgn laa pnggil puteri. Malu i.. Hahh..
ReplyDelete