Monday, May 23, 2011

tak pernah puas.

Assalamualaikum,

Manusia ni memang dilahirkan dengan suatu rasa yang tak pernah puas. Percayalah, apa yang aku ingin katakan ini memang benar. You don't believe it? Believe it or not!

Situasi 1:
Bila kau lihat orang lain punya kasut mahal, baju mahal, dan aksesori baru yang mahal juga, kau rasa iri hati. Padahal kau juga punya kasut yang masih elok untuk dipakai, baju murah berharga RM10 tapi masih cantik dan aksesori - aksesori yang sebenarnya kalau tak ada pun tak apa. Kita selalu mahukan apa yang kita nak, bukan yang kita perlu. Tapi ada di luar sana yang bertukar ganti baju sekali seminggu. Selipar yang sudah lusuh diheret kesana kemari.



Situasi 2:
Kau rasa hidup kau tak perfect kalau tak ikut arus modenisasi dunia masa kini. Rasa tak cool kalau tak memiliki gadget seperti iPhone, Blackberry dan iPad. Walhal telefon bimbit Nokia cekia yang kau miliki sudah memadai. Lengkap dengan ciri - ciri penting bagi sebuah telefon seperti calling dan messaging. Sedangkan ada di luar sana yang tak bertukar - tukar telefon bimbit Nokia 3310 kerana gaji setiap bulan terpaksa digunakan untuk membayar benda lain yang lebih penting.



Situasi 3:
Kau baru check keputusan matrik. Kau telah berjaya mendapat tawaran untuk ke matrik. Tapi kau rasa buat apa masuk matrik, result kau bagus apa. Kemudian kau tunggu upu. Okey, kau dapat salah sebuah ipta terkemuka tapi bukan dalam bidang yang ingin kau pelajari. Padahal kau tak terfikir, di luar sana mereka yang mempunyai keputusan spm suam - suam kuku sahaja tak putus - putus berdoa supaya mereka dapat matrik. Dan mereka yang tak berjaya dapat matrik hanya berharap pada upu. Dan mereka terpaksa masuk ipta yang mereka dapat walaupun bukan bidang yang diminati kerana tiada pilihan lain. Pernah tak kau terfikir pasal orang lain?

1 comment:

Cakap yang bagus atau diam saja, kan ?