Ok. Cantik dah ni. Emah tambah - tambah lagi blusher pada tulang pipinya. Senyum, nampak gigi sebaris itu menunjukkan tanda betapa confidentnya dia. Kembang hidung melihat dirinya dari atas ke bawah. Gaun maxi warna pastel itu dibeli online, baru tiba semalam. Orang bukan tau aku dah basuh ke tak. Janji baru. Ada reben kat tengah - tengah mengikat pinggang rampingnya.
Emah memang cantik. Sudahlah tinggi lampai, putih melepak pula. Tak make up pun dah cantik tapi biasalah, dengan kerjanya sebagai seorang setiausaha mana boleh tak make up kan. Di betul - betulkan rambut separas bahu, eh, ada rambut rosak. Hehe, biarlah.
Rambut Emah bukan berwarna hitam tapi magenta. Magenta bukan mentega. Macam warna merah tapi ungu - ungu sikit. Merah keunguan tapi ada coklat - coklat juga. Entahlah. Emah punya rambut asli sebab dia anak berdarah campuran. Atuk sebelah mummy orang Itali. Daddy pula, hmm, dia tak tahu pun siapa daddy dia. Lahir - lahir sahaja daddy dah lari sama orang Indonesia.
"Eh, tepilah sikit." Emah pandang wanita yang baru berselisih dengannya sebelah mata. Jangan pandang ku sebelah mata. Eh tetiba. Tu lah Kinah atau nama gelarannya Miss Sainah De Vogue. Dia tu kerani ofis. Cantik, tapi masih kalah dengan Emah. Hari - hari pashmina yang dipakainya bertukar - bertukar. Tak pernah sama. Agak- agaknya kalau dikumpul boleh bukak satu gerai jual pashmina. Heh.
Kinah memang semacam jealous dengan Emah. Tak tahu lah kenapa. Kalau hari ni Emah pakai peplum kurung, esok Kinah pakai peplum kembang sikit. Lusa Emah pakai kebaya Palembang, tulat Kinah balas lagi pakai kebaya jarang corak bunga sejambak. Nasib Kinah paka tudung kalau tak rambut pun nak lawan dengan Emah ! Alah, Kinah tak cakap pun orang tahu lah dia sebenarnya dengki dengan Emah.
Masuk waktu zohor, Emah solat. Kinah pergi lunch, lepas makan dia main ipad kat tempat dia. Emah sempat solat sunat rawatib sekali. Time asar, Emah pun tinggal kejap kerja dia, pergi solat. Kinah keluarkan pengilat kuku, ditelek - teleknya kuku saiz cawan dia. Sampai habis waktu asar.
Teman sepejabat mula rasa tak enak dengan perangai Kinah. Yalah, obvious kot. Eton, salah seorang pekerja rasa nak tegur Kinah.
"Kau tengok si Emah tu. Hari - hari pergi solat tepat waktu, siap solat sunat sekali. Aku kagum betul la dengan dia. Kerja banyak tapi sempat je nak solat." Eton jeling Kinah.
"Eleh, dia solat ke tak, takde makna lah. Tak pakai tudung sama je tau." Kinah belek - belek kuku.
"Tapi at least dia solat."
Kinah telan kuku.
No comments:
Post a Comment
Cakap yang bagus atau diam saja, kan ?