Saturday, October 8, 2011

betul nak senang ?

Assalamualaikum,

 'Don't ask Allah for an easy life but instead ask Him to make you a stronger person.'

Ada satu kisah yang diceritakan oleh kakak usrah, Fatin Farhana. Ceritanya bermula begini. Satu hari, Taufan, Puting Beliung dan Angin Yang Tenang. Taufan dan Puting Beliung ingin menunjukkan kekuasaan masing - masing. Manakala Angin Yang Tenang nampak begitu relaks seolah - olah tidak mahu masuk campur.

Tiba - tiba mereka ternampak seekor monyet sedang berbaring di atas buaian yang diikat pada dua pohon. Lalu Taufan berkata, "Hah kawan - kawan. Apa kata kita cuba dengan segala kuasa yang ada, kita jatuhkan monyet itu dari tempat baringnya ?" Taufan yang megah itu yakin bahawa dia lah yang mampu menumbangkan monyet itu. Lalu dihembuskan ribut taufannya yang paling kuat. Apabila merasakan taufan yang kuat, monyet itu memegang buaiannya dengan amat kuat. Nampaknya Taufan yang maha kuat itu tidak dapat mengalahkan monyet. Dia tertunduk malu.

"Hahaha Taufan. Apa barang ada ribut kuat tapi kalah dengan seekor monyet? Sungguh memalukan!" Puting Beliung yang sungguh mulutnya tak ada insurans itu kini mahu mencuba kekuatannya pula. Didatangkan puting beliung yang terdahsyat sekali kepada monyet itu. Kali ini monyet memegang buaiannya dengan lebih kuat. Setelah melihatkan monyet yang tak mahu mengalah itu, Taufan mentertawakan si Puting Beliung yang tak mahu mengangkat muka langsung kerana malu.

Lalu Angin Yang Tenang yang sedari tadi diam mendatangkan anginnya. Monyet sangkakan angin tak bawa kesan kepadanya. Jadi monyet hanya duduk tanpa berpegang kuat. Angin Yang Tenang lama kelamaan membuatkan monyet akhirnya terjatuh dari buaiannya. Taufan dan Puting Beliung terkejut dengan kekuatan angin.

So, what is the moral of the story?

Kali ini aku mahu kamu semua berfikir bersama - sama. Agar kita sama memperoleh pengajarannya *padahal aku lupa apa. haha. tak lah. aku serius ni.


2 comments:

  1. orang kuat x semestinya menang??

    ReplyDelete
  2. jangan ingat benda yang senang takkan buat kita susah. apahal ayat aku bunga bunga ni ?

    ReplyDelete

Cakap yang bagus atau diam saja, kan ?