Saturday, September 17, 2011

semacam.

Assalamulaikum,

Pernah dengar tak yang rezeki yang kita dapat tu, sebahagiannya untuk orang lain? Contoh macam yang kawan aku, Iddin cakap, 'Kalau ayah kau bagi RM1.00 untuk duit belanja sebenarnya 0.20 sen adalah untuk orang lain'. 

Aku pernah rasa berat nak belanja kawan - kawan lagi - lagi kalau masa itu memang poket aku kering. Malu sangat sebab ada kawan - kawan aku yang boleh dikatakan agak 'kering' dari aku masih mampu nak belanja kami. Aku masih rasa kedekut sedang kalau aku 'memberi' dengan ikhlas, itu dikira sedekah. 
Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud: “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya.” H.R. Muslim
Sedekah boleh dalam bermacam - macam bentuk cara misalannya duit, senyuman malah melakukan amal makruf nahi munkar juga adalah sedekah. Tapi apa yang aku ingin perkatakan hari ini adalah sedekah dalam bentuk wang. Realitinya masyarakat sekarang, wang memang menjadi satu benda penting yang dikejar - kejar. Money is not everything but everything needs money, right?

Hari ini, adik beradik yang kamceng gila bagai air dicencang tak akan putus boleh berbalahan hanya kerana duit. Isteri boleh meninggalkan suami dan anak - anaknya hanya kerana duit. Kita ni memang umat yang 'semacam' hanya kerana duit.


1 comment:

Cakap yang bagus atau diam saja, kan ?