Assalamulaikum,
"Alhamdulillah, kita selamat. Alhamdulillah, perang dah tamat." - Perang Dah Tamat, Rabbani dan Malique.
Sekali lagi pada hari Jumaat bersamaan 26 Ramadhan 1432 H yang mulia ini kita dipertemukan. Lagi beberapa hari sahaja Ramadhan akan meninggalkan kita. Terasa cepat masa berlalu.
Kali ini kepulangan aku tidak segembira mana kerana aku tertinggal sesuatu yang amat penting. Sesuatu yang tidak lengkap hidup aku tanpanya. Biarlah, ada hikmah agaknya.
Tadi aku dengar nasyid apa entah aku tak tahu. Nasyid itu pasal penderitaan orang Palestin. Kita orang Muslim dekat negara aman ni sepatutnya cemburu dengan mereka. Mereka diuji oleh Allah dengan peperangan, saban hari diserang, dipukul, ada juga yang dibunuh.
Pintu rumah mereka diceroboh masuk oleh rejim zionis Israel. Mereka hilang orang tersayang, mereka berjuang bermati - matian tidak pernah kisah berapa banyak darah yang tumpah untuk mempertahankan masjid Al - Aqsa. Namun mereka masih meneruskan kehidupan dengan penuh rasa takwa kerana mereka tidak pasti apakah masih punya hari esok untuk mereka?
Tetapi kita? Kita tinggal dengan penuh aman gembira bahagia sejahtera harmoni. Hatta pabila digigit nyamuk nun sedkit pun sudah merungut memarahi sang nyamuk. Apalah kehidupan kita ini jika dibandingkan dengan saudara seislam kita di sana. Kita sibuk berpesta lalai dengan suruhan Allah tanpa ada rasa bersyukur kerana kita tak pernah menghadapi saat peperangan seperti mereka. Tak tahu erti susah payah mempertahankan agama dan bangsa sebab kita dilahirkan dalam keadaan yang sudah 'merdeka'.
Cuba muhasabah kembali diri kita. Apakah sebenarnya kita ini tidak diuji sehebat mereka di Palestin, tanda kita sudah tidak lagi dipedulikan?
setuju!
ReplyDelete