Saturday, August 20, 2011

pinjamkan sedikit waktu.

Assalamualaikum,

"Aku bimbang jumpa satu waktu yang tak kenal siapa." - Pop Shuvit feat Man Bai.

Alhamdulillah masih ditakdirkan untuk kau orang berjumpa dengan aku lagi. Ingat lagi entry aku yang sebelum ini? Pasal isu ramadhan. Sebenarnya tiada jawapan yang betul atau salah. Aku sekadar ingin kongsikan beberapa isu 'bermusim' yang kita agaknya sudah lupa pun. Perasan atau tidak, jika terpaparnya berita tentang contohnya tsunami di Jepun. Automatically, kita rasa sedih, simpati dan bercucuran air mata tengok budak - budak mata sepet menangis - nangis cari mak abah mereka. Tapi selepas itu keluar pula iklan Jom Heboh ajak pergi berpesta, konsert - konsert dan sebagainya, surely kita akan lupa pasal tsunami tadi. Betapa hebatnya pengaruh media yang mengawal pemikiran manuisa - manusia yang dangkal !



Oh, berbalik kepada nawaitu sebenar, aku ingin kongsikan satu ayat ini.

'Wahai orang - orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu, "Berilah kelapangan di dalam majlis - majlis," maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberikan kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan, "Berdirilah kamu," maka berdirilah, nescaya Allah akan mengangkat darjat orang - orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.' - Surah Al-Mujadilah, Ayat 11.
Ada satu situasi. Waktu nak - nak dekat exam, tiba - tiba surau ada buat tadarus Al - Quran lepas tu ada usrah. Kawan beriya - iya ajak kau join sekaki. Tapi kau bagi alasan taknak pergi sebab nak study. But end up, kau tertidur dalam bilik sedangkan kawan kau yang pergi surau tu dapat banyak input. Allah dah berfirman dalam Al- Quran , pinjamkan  masa untuk majlisNya, dan Dia akan pinjamkan masa kembali untuk kita. Malah berganda - ganda waktu yang dia akan beri pada kita. Allah tak akan sekali - kali memungkiri janjiNya.

Tengok - tengok, kawan yang pergi usrah tu, lagi better result exam dia berbanding kau. Padahal dia lagi lah tak ada masa nak belajar sebab pergi surau, tapi kau kan ada banyak masa nak belajar. Kan aku dah kata tadi, Allah dah lama berfirman dalam Al - Quran. Cuma bila lah kita nak belek tafsir mentadabbur quran. Ada masa tak?

p/s: Jangan lupa, bukan batang hidung kau seorang saja yang terkena.





1 comment:

  1. yup. berhadapan dengan near-death situation, sesuatu yg sangat.. menginsafkan. tapi, lumrah manusia senang melupakan.. moga kita tergolong dalam org yg sentiasa dalam tazkirah insyaAllah

    ReplyDelete

Cakap yang bagus atau diam saja, kan ?