Saturday, May 21, 2011

suka - suka.

Assalamualaikum,

Kali ini aku nak menceritakan tentang seseorang yang pernah aku kenal. Sebelum itu, pernah tak kamu mengalami situasi seperti ini. Ada seseorang yang meminati kamu di sekolah. Waktu pulang dari sekolah, kamu menaiki sebuah bas. Ketika bas baru saja bertolak, orang itu mengejar bas kamu dari belakang semata - mata untuk menyatakan sesuatu kepada kamu. Bunyi memang macam tak logik, tapi perkara yang hampir - hampir seperti ini pernah terjadi kepada aku walaupun dalam zaman yang serba moden ini.

Bas macam ini boleh juga.


Hari itu hari peperiksaan. Kertas Biologi seingat aku. Sudah lah mata pelajaran yang aku cukup tak minat, ditambah pula dengan kahak dan batuk yang nampaknya semakin selesa membuat penempatan di dalam kerongkong aku.

Malam sebelum peperiksaan, seseorang menghantar pesanan ringkas kepada aku. Aku pula memberitahunya tentang kesihatan aku. Biasalah perempuan. Dengan menokok - nambah sedikit cerita, aku sengaja memburukkan kesihatan aku.

Keesokannya, selepas waktu rehat, tiba masa untuk kami menjawab Biologi kertas 2 pula. Ketika guru yang dijadualkan untuk menjaga peperiksaan sedang mengedarkan kertas, seisi kelas perlu berada di luar kelas sambil menunggu. Aku ketika itu sibuk berbincang - bincang dengan rakan - rakan.

Sebelum aku melangkah masuk ke kelas, tiba - tiba aku ternampak seseorang itu. Dia baru saja naik ke kelas selepas habis waktu rehat. Nampak dia berlari - lari ke arah kelas aku dan menuju ke arah Nana. Dia takut tak sempat. Habis baju sekolahnya basah kerana peluh. Sebelum masuk, Nana menyerahkan sesuatu kepada aku. Gula - gula lozeng jenama Woods. Dia mahu aku cepat sembuh. Aku terharu.

Malu pula aku kerana sakit aku hanya biasa - biasa saja. Kasihan dia. Nampak disitu usahanya berlari -lari untuk memberikan gula - gula itu kepada aku dengan badannya yang agak besar.
Hah! Sebiji yang macam ini.

No comments:

Post a Comment

Cakap yang bagus atau diam saja, kan ?