Friday, June 3, 2011

masa depan aku. eh, dah tahu masa depan dah?

Assalamualaikum,

Semalam dah dapat surat tawaran dari KTT. Mula - mula sekali haruslah tengok bahagian negara mana yang mara bagi untuk pergi nanti. Harapan nak tengok terteranya negara India berkecai terus sebab mara bagi fly ke Czech / Poland sahaja. Melainkan kalau ada perubahan tiba - tiba nanti, itu tak tahu lah. Oh, tak sangka sungguh akhirnya harapan nak sambung belajar tu akan tercapai juga pada 28 jun ni. Bunyi macam pathetic gila takut - takut tak dapat sambung belajar. T_T

Sepanjang hidup ni, tak pernah terfikir pun yang aku nak/ mahu/ akan/ bakal menjadi seorang doktor. Padahal masa Tingkatan 5 dulu, aku cukup allergic dengan subjek Biologi. Cikgu Zaidi pernah tanya, 'Kalau subjek Biologi menjadi subjek elektif, siapa yang tak akan ambil subjek ini?'. Aku dengan yakinnya mengangkat tangan tapi teragak - agak juga sebab aku seorang saja yang angkat tangan. Nasiblah labu.

Tak pernah terlintas dalam kepala pun, suatu hari nanti aku nak ambil bidang perubatan dan menjadi seorang doktor yang cantik. Dulu - dulu, bila orang tanya cita - cita nak jadi apa, aku jawab nak jadi jurutera. Muka mesti mempamerkan confidence level yang tinggi bila cakap nak jadi jurutera. Haru betul aku masa kecil - kecil.

Bila dah makin besar sikit, aku tukar cita - cita. Aku nak jadi penjaga zoo. Zoo keeper. Entah kenapa, sifat penyayang aku terhadap binatang sangatlah melampau - lampau. Hampir setiap hari, kalau tak tengok National Geographic pukul 7.30 dekat tv1 memang tak sah.


Tapi aku bukan blonde lah. Aku pakai tudung. Tengok, seronok tak dapat pegang haiwan - haiwan kat zoo, bagi makan, bersihkan kandang dan main - main dengan mereka yang comel itu? Lepas itu kalau dapat penyakit berjangkit dari haiwan tu, padan muka.

Selain dari bercita - cita menjadi seorang penjaga zoo, aku juga ingin menjadi seorang pengasas line telefon. Macam maxis, celcom, digi dan u mobile. Tapi line aku tu namanya .... ada lah, mana boleh beritahu. Itu cita - cita masa kecil dulu. Sering bertukar - tukar dan tak spesifik. Apa - apa pun, semoga masa depan aku warna - warni. InsyaAllah.

3 comments:

  1. haha.. ni mesti kes time buat khdmat mays kt zoo tu kan?? hehehe...

    ReplyDelete
  2. itu salah satu faktor penarik. haha. dari kecil lagi memang minat nak jadi :D

    ReplyDelete
  3. rezeki org kita tak tahu,, kita hanya merancang, ALLAH yg menentukan kan ? hehe

    ReplyDelete

Cakap yang bagus atau diam saja, kan ?