Saturday, June 18, 2011

i am serious. that's it.

*new post*
........

*view blog*
eyes rolling up and down 

*new post again*
........

*logout*

Seriously, this is what happening to me just now. Maybe it's some kind of contagious diseases given by Hisham T_T Ok. Enough.

Assalamualaikum semua,

Aku tak reti nak tulis dalam bahasa Inggeris panjang - panjang lagi pula grammar aku teruk sikit. Berbalik kepada nawaitu sebenar, pernah tak kau orang merasakan yang sepotong ayat pendek itu, benar - benar menenangkan? Maksud aku, katakan kau tengah sedih, kemudiannya ada seorang kawan yang memberikan kau kata - kata semangat. Ayatnya pendek, ringkas saja tapi telah menyentuh hati kau.

Begini, aku punya seorang kawan yang tidak aku kenali. Biar aku perbetulkan ayat aku, kami hanya berkenalan melalui fesbuk. Dia dan aku adalah ahli untuk sebuah kumpulan yang ditubuhkan di dalam fesbuk. Jadinya, apa - apa saja yang dia post, aku boleh berikan komen. Begitulah bagaimana rantaian persahabatan kami terbentuk bagaikan rantaian makanan dalam sesebuah ekosistem.

Dia post sesuatu yang berbunyi lebih kurang begini rasanya,

'yesterday i cried for no reason'
Melihatkan tiada siapa yang memberi komen pada postnya, aku gatal - gatal tangan untuk membalas. Biasalah, aku kan masih normal.

'Sometimes crying is the best medicine to let go off your pain'  
Seterusnya dia membalas komen aku dengan sungguh terang hati. Err.. maksudnya dengan gembira. Dia berterima kasih kepada aku kerana sepotong ayat yang aku berikan telah membuatkan dia berasa lega. Relieved. Ya, dia memuji aku sebab ayat yang aku berikan itu telah benar - benar menenangkan hatinya. Tapi apabila dipuji, mula lah aku membuat muka yang sukar ditafsir di hadapan skrin komputer. Abaikan muka aku itu.

Sebenarnya banyak lagi situasi begini yang pernah terjadi pada orang lain. Bagaimana sebenarnya lidah merupakan anggota yang paling tajam kerana kata - kata yang dilontarkan amat berbisa, kadang - kala dapat mencairkan hati orang juga. Yang menenangkan. Kau orang pernah begitu?


No comments:

Post a Comment

Cakap yang bagus atau diam saja, kan ?