Assalamualaikum,
Rasanya tak terlambat lagi kalau nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru yang pernah mengajar aku walaupun kamu tak baca blog aku ni. Terutamanya kepada guru - guru yang masih lagi mengingati nama aku tadi, Ms. Sani Untong, Teacher Alyah, Cikgu Rafidah, Puan Isni dan cikgu homeroom aku, Ms. Aniza. Turut tak lupa guru kelas aku, Ustaz Jaamat. Terima kasih cikgu!
Seronok jadi cikgu bila tengok anak murid kita yang dulunya lembab dan degil, kini telah menjadi orang yang berjaya. Kau tahu, perasaan seorang guru kalau nanti kita dah berjaya menjadi seorang doktor, jurutera mahupun lain - lain pekerjaan? Rasa macam berbaloi sangat kau penat - penat ajar anak murid kau yang sudah kau ajar berulang - ulang kali tapi masih tak faham - faham, berlari - lari ke kelas mengejar masa mahu habiskan syllabus tapi alih - alih anak murid kau masih lagi lenggang - lenggok nak ke tandas dan segala sumpah seranah yang kau hamburkan apabila anak murid kau tak dengar kata.
Kau mesti rasa sungguh gembira tatkala melihat segerombolan anak murid kau datang ke sekolah lama mereka sudah menjadi segerombolan orang - orang yang berjaya. Yang ini sedang praktikal doktor di hospital kerajaan, yang itu dah pun bekerja dengan syarikat swasta. Malah walau ada juga yang hanya bekerja sebagai guru biasa, kau masih jua tersenyum sebab akhirnya mereka melakukan kerja - kerja yang mulia. Tambahan lagi kalau mereka bawa kek Secret Recipe, tupperware berisi nasi tomato dan berbondong - bondong hadiah yang berbalut cantik dan mahal.
Tapi hati kau pasti luluh bila kau dengar cerita tak sedap pasal anak murid kau yang dahulunya di tangga tercorot, kini masih lagi di tampuk yang sama. Mungkin ada yang tercicir pelajaran atau tidak sambung belajar langsung kerana tiada minat atau peluang. Bila sekumpulan anak murid kau dalam kategori ini, melawat guru - guru mereka di sekolah, kau hanya mampu tersenyum. Harapan kau nak lihat kesemua anak murid kau berjaya, punah sedikit dek kerana segelintir yang tidak berjaya ini. Dengan fesyen rambut punk ditambah dye perang serta bekas murid lelaki kau memakai rantai berbagai - bagai corak. Andai mereka bawa buah tangan untuk kau, hati kau masih rasa kecewa.
Ini beza pemberian orang yang berjaya dengan yang tidak. Beza tahu kalau bekas anak murid kau 'menjadi' dengan tak. Profesion perguruan tak pernah lari dengan situasi begini.
p/s : Teringin tengok kawan baik aku, Nazirah Alia jadi cikgu sebab aku suka tengok cara dia ajar orang.
hehe... kte nak suruh anak kte nnt blaja ngn nazirah gk je la.. hehehe
ReplyDelete