Friday, November 7, 2014

Who wants to breastfeed?

Hari itu Maryam belajar tentang Pregnancy and Childbirth. Tempat duduk dalam kelas itu semuanya dua orang satu meja, dua orang satu meja. Di sebelah Maryam ada mat saleh. Mata mat saleh itu coklat cair dan rambutnya blonde. Dia pernah bercakap dengan mat saleh itu kadang-kadang sahaja. 'Kening pun blonde', bisik Maryam hanya dalam hati kerana blonde adalah perkataan universal yang boleh difahami ramai.

Hari itu mat saleh itu kelihatan letih. Sekejap - kejap dia tersengguk, kadang - kadang dia menguap. Maryam masih fokus walaupun matanya kadang - kadang mengerling mat saleh sebelah. Parah benar gayanya!

"Baiklah setelah kita belajar tentang proses melahirkan anak dan menyusukannya, siapa yang masih lagi menyusukan anak?" Soal cikgu dengan nada encouragement. Mana tahu ada orang yang tidak mahu menyusukan bakal anaknya selepas ini.

Dan mat saleh itu terus angkat tangan! Maryam lekas - lekas bungkus beg dan berjalan ke pintu keluar.

--------------


Wah! Sudah lebih setahun aku tak sentuh blog ini. Maaf, kadangnya ada fokus yang lebih utama harap kamu faham :)

No comments:

Post a Comment

Cakap yang bagus atau diam saja, kan ?