Friday, May 20, 2011

mari bermain.

Petang itu damai. Aku ada rancangan bagi mengisi masa petang itu. Mana boleh dibiarkan begitu sahaja dengan bermalas - malasan di atas katil empuk.

Aku : Jom main!
Hana: Jom!
Ezat: Cari lah barang dulu.

Aku geledah setiap bilik di wing A dan B. Sesiapa yang tiada di dalam bilik, nasiblah. Habis aku selongkar bawah katil, bawah meja dan belakang loker. Ezat dan Hana cari dekat wing C dan D.

Aku: Aku tak jumpa!

Aku menjerit pada Hana dan Ezat yang berada di wing bertentangan dengan aku.

Hana: Cuba tanya Zakira.

Masuk bilik Zakira, dia tengah tidur macam bayi. Aku, Hana dan Ezat saling berpandangan. Aku baring sebelah Zakira. Hana di tepi. Melihatkan katil dah penuh, Ezat baring atas lantai. Sudahnya, kami tertidur.

Petang itu kami tak jadi main badminton.

No comments:

Post a Comment

Cakap yang bagus atau diam saja, kan ?