Tuesday, May 17, 2011

ini keputusan aku. MUKTAMAD.

Assalamualaikum,

ini pertama kali aku nak bercerita tentang diri aku sendiri. Kenapa? Ini blog aku maka suka hati aku lah. Aku sebenarnya berusia 18 tahun. Aku bergelar lepasan spm 2010. Sengaja aku tak mahu gunakan perkataan penganggur. Dulu aku pernah bekerja lepas tamat spm, tapi hanya bertahan selama hampir 3 minggu, rasanya. Selepas itu, aku hanya duduk di rumah, termangu - mangu, sidai baju dan lain - lain kerja di rumah yang masuk akal.

Semalam aku sudah buka laman sesawang (aku memang tak setuju penggunaan bahasa Melayu untuk 'website'!) MARA. Aku klik keputusan Program Ijazah Luar Negara untuk lepasan spm 2011. Alhamdulillah, aku berjaya terpilih untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Teknologi Timur. Aku bakal membuat A-level di sana. Oh ya, dalam bidang perubatan. Aku teruja.

Setelah membuat pencarian bersama - sama Encik Google, aku telah terbaca beberapa blog senior KTT. Kebanyakkan pelajar KTT, akan melanjutkan pelajaran di India untuk program perubatan selama 5 tahun setengah. Mulanya aku agak kecewa kerana aku tak meletakkan target negara India sebagai negara yang aku nak lanjutkan pelajaran. Aku juga menyesal kerana aku tak memilih perubatan timur tengah ketika mengisi borang. Cairo pada pendapat aku lebih baik berbanding India.

Tapi aku bersyukur. Sekurang - kurangnya aku merupakan salah seorang yang bertuah untuk mendapat pinjaman  MARA. Bagaimana lah agaknya belajar di KTT. A-Level pula, sedang aku aimed untuk buat IB dimana - mana kolej MARA. Tapi tiada barang di dunia ini yang senang. Lagipun, there is always a first time for everything.

2 comments:

  1. salam..k..juz nak share, aku pon dpt sane under mara..mmg mostly students yg dpt KTT pegi India,tp ad gak yg dpt Czech, Poland or Indon..if I'm not mistaken..anyway,surat mara yg aku dpt ari ni tertera yg aku dpt czech/poland

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. sama lah kita. sep2! aku pun baru tgok surat tadi, dia tulis czech/poland. leh r kita kenal2. jumpa kat sana kawan baru :D

    ReplyDelete

Cakap yang bagus atau diam saja, kan ?