"Tak, usrah tak salah. Man, listen here. I cuma terfikir, I takut..."
"Takut apa ?" Man mencelah. Suaranya agak tinggi.
Marya kaget. Cuba mencari sebijak mungkin ayat agar Man tak bunuh dia. Fuhh tinggi imaginasi dia. Paling - paling pun agar Man tak bunuh diri dia sendiri.
"I takut kalau I mati time kita tengah dating. Kalau I mati time I tengah tengok wayang dengan you. Kalau I mati tercekik cendol pulut masa tengah makan dengan you, lelaki yang tak sah hubungannya dengan I."
|
Tercekik. |
Marya tarik nafas dalam - dalam. Dah lama dia nak cakap dengan Man pasal ini. Semenjak dia join usrah 2 bulan lalu, dia boleh rasa perubahan pada dirinya. Walaupun dia tak bertudung tapi bila sesi usrah dia pinjam tudung kawan.
Zubaida, kawan baru yang dia jumpa dekat surau masa solat Zohor yang ajak dia pergi usrah. Tak, masa tu Zubaida tak cakap usrah tapi dia cakap ada makan - makan kat rumah senior. Marya memang suka makan, walaupun dalam hati dia macam tak sedap, dia turutkan juga nafsu perutnya yang suka makan.
Masa makan - makan, seorang senior hadiahkan Marya tafsir quran. Quran pun dia jarang - jarang baca inikan pula tafsir. Marya terima walaupun dia tak tahu adakah dia akan gunakannya. Mereka bergelak ketawa, berkenal - kenalan dan yang paling bermakna buat Marya, dia mendapat seorang kawan baik baru - Zubaida. Marya tak pernah ada kawan, mungkin orang tak mahu berkawan dengan budak rambut merah macam dia. Sejak itu, Marya rasa ada something best pasal usrah ni.
Satu hari, kakak usrah cakap pasal remaja. Mereka bincang tentang apa yang remaja zaman sekarang rasakan betul walhal sebenarnya tak betul. Zubaida cakap, couple. Marya tersedak.
Couple tu jadi salah bila kita berdua - duaan dengan lelaki yang belum kita nikahi. Nak couple dengan suami ? Couple lah. Heh - Kakak X
Hari makin hari Marya makin faham. Dalaman dia makin mula dekat dengan Allah, makin nak tahu pasal Islam yang selama ni tertera kat IC dia. Dan Marya makin bahagia.
"Sementara kita masih diberi peluang bernafas ni, Man, gunakanlah sebaiknya. Cari lah cinta dari Dia, bukan I."
Perghhh mantap Marya susun ayat.
"I need to go. Sama ada Man setuju ke tak, I tak kisah. I minta you faham. Terima kasih, assalamualaikum."
Marya pergi dengan hati bunga - bunga. Dada lapang. Dia jalan sambil menari - nari kecil. Sejurus Marya masuk kereta, dipandang Man sekilas.
Kamaruzzaman tunduk.
You'll come back
When it's over
No need to say goodbye
Tamat.
Aku kononnya nak buat satu post serupa perbincangan yang bertajuk 'Pesanan untuk wanita' atau 'Khas buat adik - adik' yang mana aku nak fokus pasal isu couple, tapi itu akan nampak sangat cliche dan membosankan. Hehe. Tujuan aku adalah untuk berkongsi pengalaman aku (ehem !) tapi dalam bentuk cerita yang lebih santai dan relaks. Santai ke ? Ahha, maaf kalau nampak tak matang tapi bagi aku, orang yang tengah bercinta ni memang akan berperangai seakan tak matang. Makan pun nak bersuap, kalau jalan - jalan nak minta tolong bawakan beg dan suara buat - buat kecil konon - konon manja. Itu pengalaman dan pemerhatian, kau orang punya mungkin lain. Aman.